Tips Recovery Hardisk dan Survey Harga

Harga Recovery Hardisk di KL

Service charge di pasaran tengok berapa GB capacity yang akan di’recover’. Harga dalam RM1,500 lebih kurang (dlm 10-20GB). Pengalaman member saya pernah 160 GB SCSI “recovery charged” kena bayar RM 10,000.
Bagaimana jika anda buat sendiri lebih jimat & menguntungkan……
Pelbagai tips recover hdd.

1) Tukar board hdd
2) Masukkan ke dalam peti ais
3) Top Software Recovery

TUKAR BOARD HDD
1) Pastikan board hdd yg rosak mesti sama dengan board ok.
(Kalau tiada cari sampai dapat,tanya kawan-kawan/cari tempat barang-barang lusoh/kedai secondhand computer/tanya saya).

2) Pastikan nilai kapasiti hdd rosak sama dgn hdd yang ok.

3) Pengalaman jika nilai kapasiti hdd tidak sama,tidak mengapa tetapi board mesti sama dari segi saiz/bentuk/rupa/pin connector.

4) Buka skru pada board hdd yg rosak dengan berhati-hati.

5) Buka skru pada board hdd yg ok dengan berhati-hati,tetapi ingat JANGAN rosak apa-apa komponen atas board tersebut.

6) Pasang semula board hdd yang ok ke casing hdd yang rosak tersebut.

7) Pastikan semua skru telah dipasang dgn betul dan tiada yang ‘short circuit’

Pasang Hdd yang telah ditukar board tersebut ke dalam system komputer.Hidupkan “baca bismilah tau”.

MASUKKAN KE DALAM PETI AIS

Kalau hdd tersebut ada bunyi pelik kalau kita goncang takut spindle head dia dah lari.
Cara kedua mungkin berbunyi kelakar tapi percaya lah memang berkesan dah lebih 10 unit hdd yang tidak boleh nak read langsung (physical error) boleh recover data.

1) Pastikan physical hdd tu kering, caranya gunakan hairdryer,vakum, atau kipas angin.

2) Bungkus dalam surat khabar, lagi tebal lagi bagus

3) Bungkus lagi dengan plastik, insulate/seal area yang ditakuti boleh menyebabkan air masuk

4) Pastikan keadaan hdd tu air tak masuk

5- Masukkan hdd tadi dalam freezer, lagi lama lagi bagus tapi paling kurang 7 jam

6- Unwrap hdd yg dah dibekukan tadi, check ada air kat board dia kalau ok masuk balik kat pc pastu.On kan “baca bismilah tau”.

Insyallah selamat la data dalam tu.

0 comment: