Tips Jitu tentang Motherboad, Sekarang dan Akan Datang

Motherboard (Papan Induk) merupakan hardware (perkakasan) yang paling utama pada sesuatu sistem komputer.Semua hardware lain (yang merupakan papan peranti elektronik, atau expansion card seperti sound card, graphic card dan sebagainya) disambungkan ke satu hardware utama (yang juga papan peranti elektronik) – iaitu motherboard. Kesemua hardware ini disambungkan dengan pelbagai jenis sambungan pada motherboard – seperti sambungan kabel, slot, dan sebagainya.

Motherboard juga dikenali dengan pelbagai nama lain seperti mainboard dan desktop board Kebanyakan peminat sistem komputer di Malaysia, baik dari peringkat amatur hinggalah ke professional, lebih selesa dengan singkatan board.

Pada motherboard PC, terdapat beberapa jenis I/O (bermaksud input/output iaitu keluaran dan masukan) sesuatu data atau isyarat dari motherboard ke hardware – seperti ports, soket, slot dan antaramuka (interface) bagi beberapa bas.Tiga jenis bas iaitu bas data,bas kawalan & bas alamat.

Selain itu, anda juga dapat melihat CMOS jumper, FSB jumper pada sesetengah motherboard dan juga sebuah bateri butang. Bateri ini dikenali sebagai bateri CMOS (Complementary Metal Oxide Semiconductor , ia merujuk kepada bahan semikonduktor yang digunakan dalam pembuatan cip pada motherboard). Dulu ada beberapa saiz,tapi sekarang dah tetap iaitu Bateri CR2032.Penting untuk motherboard menyimpan segala setting-setting dalam CMOS yang telah dilakukan oleh pengguna.Jika bateri ini rosak @ lemah sistem akan menyuruh pengguna setting CMOS semula atau masa,tarikh telah berubah.Bateri CMOS ini cuma 3Volt.Harga pasaran Rm7-10.Sesiapa berminat membeli secara pukal bateri ini email saya di megabytett@hotmail.com. Harga pukal cumaRM 350.00 untuk 100 unit saja.

Motherboard ada pelbagai jenis soket.Biasanya motherboard ni bergantung kepada prosesor yang anda gunakan.

Sejarah motherboard:
Soket 1 486 SX/SX2, DX/DX2, DX4 & Over Drive
Soket 2 486 SX/SX2, DX/DX2, DX4, Over Drive & 486 Pentium Overdrive
Soket 3 486 SX/SX2, DX/DX2, DX4 & 486 Pentium Overdrive
Soket 4 Pentium 60/66, Overdrive
Soket 5 Pentium 75-133, Pentium 75+ Overdrive,Pentium MMX 166-233, K5 PR75~PR133, 6×86L PR120+, PR166+ - PR 233
Soket 6 486DX4 75-120
Soket 7 Pentium 75-200, Pentium 75+ Overdrive,Pentium MMX 166-233,K5 PR75-PR200, K6 166-300, K6-2 266-550, K6-2+ 450-550, K6-III 400-450,K6-III+ 450-500,Cyrix,VIA
Soket 8 Pentium Pro 150-200, Pentium II OverDrive 300-333
SECC Slot 1 (Single Edge Contact Card) Celeron 266-300 (Covington),Celeron 300A-433 (Mendocino),Celeron 300A-533 (Mendocino PGA),Celeron 500A-1.1GHz (Coppermine-128),Pentium Pro 150-200,Pentium II 233-300 (Klamath),Pentium II 266-450 (Deschutes),Pentium III 450-600B (Katmai),Pentium III 533EB-1.13GHz (Coppermine)SECC Slot 2 Pentium II Xeon 400-450 (Drake), Pentium III Xeon 500-550 (Tanner),Pentium III Xeon 600-1GHz (Cascades), Soket 370 Celeron 300A-533(Mendocino), Celeron 500A-1.1GHz (Coppermine-128),Celeron 1.0A-1.4GHz (Tualatin)Pentium III 500E-1.13GHz (Coppermine)Pentium III 866-1.13GHz (Coppermine-T)Pentium III 1.0B-1.33GHz (Tualatin)Cyrix III 533-667 (Samuel)
Slot A Athlon 500-700 (K7)Athlon 550-1GHz (K75)Athlon 700-1GHz (Thunderbird)
Soket A Duron 600-950 (Spitfire)Duron 1.0GHz (Morgan)Athlon 750-1.4GHz (Thunderbird)Athlon 4 850 (mobile Palomino)Athlon MP 1.0GHz-2100+ (Palomino)Athlon MP 2000+ (Thoroughbred)Athlon XP 1500+-2100+ (Palomino)Athlon XP 1700+(Thoroughbred)Athlon XP 2500+(Barton)
Soket 423 Pentium 4 1.3GHz-2.0GHz (Willamette)Pentium 4 1.6A (Northwood)Celeron 1.7GHz (Willamette)
Soket 478 Celeron 1.7GHz-1.8GHz (Willamette)Celeron 2.0GHz (Northwood-128)Pentium 4 1.4GHz-2.0GHz (Willamette)Pentium 4 1.6A (Northwood)
Soket 603 & 604 Xeon 1.4GHz-2.0GHz (Foster)Xeon 1.8GHz (Prestonia)Xeon MP 1.4GHz-1.6GHz (Foster MP)Xeon MP 1.5GHz (Gallatin)PAC418 Itanium 733-800 (Merced)
PAC611 Itanium 2 900MHz (McKinley)
Soket 754 Athlon 64 1GHz+ (Clawhammer)Athlon 64 1GHz+ (San Diego)
Soket 940 AMD 1GHz+ (Sledgehammer)
Soket AM2 ( zaman akan datang )
Slot ram yang boleh digunakan:
Edo Ram (ini zaman mula-mula komputer,mesti ada sepasang’pair’)
SD Ram pc66 (ini mula-mula SD Ram keluar)
SD Ram pc100 (ada 4 chip/ 8 chip/ 16 chip,single @ double chip)
SD Ram pc133 (ada 8 chip/ 16 chip,single @ double chip)
RD Ram (ini zaman mula-mula Pentium 4 dengan soket 423,mesti ada sepasang’pair’)
DDR Ram PC2100/DDR 266Mhz ,PC2700/DDR 333Mhz,PC3200/DDR 400Mhz
DDR2 Ram PC4200/DDR2 533Mhz ,PC5300/DDR2 667Mhz,PC6400/DDR2 800Mhz
DDR3 Ram PC8500/DDR3 1066Mhz (terbaru)

Motherboard ni banyak jenis. Bergantung ciri-ciri yang disediakan oleh sesebuah pengeluar motherboard.Contoh ada yang mempunyai 2 bios la, kat chipset ade kipas la, dan sebagainya …

Tips beli motherboard pastikan chipset yg digunakan adalah intel @ via.Jika chipset sis,lebih baik lupakan saja.

Warna pada motherboard pcb hijau, biru,kuning.Jika warna merah tidak bagus untuk kesihatan.

Contoh motherboard yang ada di pasaran kini :
MSIGigabyteABITASUSINTELPC-CHIP
Tips motherboard jika ko,pastikan keadaan fizikal elok.Chek kapasitor-kapasitor ,pastikan tiada gelembung samada kat atas @ bawah.Jika kapasitor rosak system akan hang @ asyik ‘restart’ aje @ ‘no display’.Jika ada habuk,gunakan berus gigi utk gosak bahagian slot Ram.Gunakan berus untuk buang habuk seluruh motherboard.

Tips yang ‘advanced’Basuh dengan air sabun,bilas dengan air bersih,jemur sekitar suhu bilik aje.Pastikan buka/cabut bateri CMOS,rendam dalam air sabun @ macam basuh baju.Gosok seluruh motherboard dengan berus supaya tiada habuk-habuk@kuman-kuman melekat.Kemudian bilas dengan air yang mengalir.Keringkan motherboard tersebut dengan mengunakan tembak angin ‘air compresses’.Jemur sekitar suhu bilik saja.Jangan jemur macam ikan bilis,nanti rosak chip-chip IC.

Tips Ram,sila gosakkan pin-pin warna emas dengan pemadam pensil.Pastikan ia berkilat semula.

Sesiapa yang ada parts-parts komputer seperti motherboard,ram,slot card lama-lama yg rosak @ berfungsi sila email pada saya.Cadangan hendak buat Muzium Komputer.

0 comment: